ayam kari
goreng ayam
jemput- jemput ikan bilis
cuci berasPada hari ketiga, kami bertolak ke sekolah Nanyang untuk menjalankan aktiviti memasak. Kami memasak nasi lemak pada mulainya. Nasi lemak itu dimasak di dalam santan supaya lebih wangi. Selepas itu, kami menyediakan jemput-jemput ikan bilis. Kemudian, kami menggoreng ayam kari. Kami diajar cara menghidangkan nasi lemak oleh seorang cikgu. Piring dan daun pisang yang diletak tidak boleh ada air. Kemudian, kami diajar membuat ondeh - ondeh. Kami perlu meletakkan gula melaka ke dalam aduan yang berwarna hijau lalu diletakkan ke dalam air panas untuk memasakkan ondeh - ondeh. Selepas kami habis memasak, cikgu mengajar kami membuat bandung. Bandung mengandungi air sirap dan susu.
Akhirnya, kami menjamu selera bersama - sama. Selepas kami membersihkan tempat itu, kami pun berjalan balik ke sekolah.
No comments:
Post a Comment