Thursday, March 11, 2010

Refleksi

Saya berasa sabatikal ini sungguh baik dan seronok. Kami diberi peluang mencuba makanan dan permainan orang Melayu and juga orang India dan saya berasa ini sesuatu peluang yang baik untuk kami memahami budaya Melayu. Sabatikal ini juga sungguh relaks dan meringankan hati saya. Saya berasa budaya Melayu sangat menarik dan saya hendak belajar lebih tentang tradisi Melayu. Oleh sebab kampung saya merupakan sebuah kampung yang mempunyai banyak orang Melayu, saya boleh tanya lebih tentang tradisi melayu yang menarik.
-Kong Jayson

Sabatikal ini amat menarik. Saya telah belajar lebih banyak tentang makanan tradisi Melayu. Saya juga makan banyak makanan India. Sabatikal ini juga sungguh relaks dan meringankan hati saya. Saya berasa budaya Melayu sangat menarik. Saya berharap saya boleh ada peluang lagi untuk menyertai sabatikal ini.
-Lim How Pin

Hari Keempat

masjid
perbincangan antara ahli - kumpulan
menanya informasi
Pada hari keempat, kami menaiki bas ke Jalan Arab untuk memahami makanan Melayu, India, Arab dan Turki. Kami diberi masa untuk berjalan di Jalan Arab untuk memahami lebih banyak tentang perbezaan makanan mereka. Kami diperlukan menulis beberapa makanan istimewa mereka lalu mencari bahan - bahan yang memberinya keistimewaan ini. Selepas itu, kami pergi ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Kami duduk dalam kumpulan masing - masing. Kami berempat perlu berkongsi sepinggan nasi briyani dan sepinggan murtabak. Kami juga mendapat secawan bandung. Selepas kami kenyang makan, kami pun bertolak balik ke sekolah.

Hari Ketiga

ayam kari
goreng ayam
jemput- jemput ikan bilis

cuci beras
Pada hari ketiga, kami bertolak ke sekolah Nanyang untuk menjalankan aktiviti memasak. Kami memasak nasi lemak pada mulainya. Nasi lemak itu dimasak di dalam santan supaya lebih wangi. Selepas itu, kami menyediakan jemput-jemput ikan bilis. Kemudian, kami menggoreng ayam kari. Kami diajar cara menghidangkan nasi lemak oleh seorang cikgu. Piring dan daun pisang yang diletak tidak boleh ada air. Kemudian, kami diajar membuat ondeh - ondeh. Kami perlu meletakkan gula melaka ke dalam aduan yang berwarna hijau lalu diletakkan ke dalam air panas untuk memasakkan ondeh - ondeh. Selepas kami habis memasak, cikgu mengajar kami membuat bandung. Bandung mengandungi air sirap dan susu.
Akhirnya, kami menjamu selera bersama - sama. Selepas kami membersihkan tempat itu, kami pun berjalan balik ke sekolah.

Hari Kedua

membeli kuih - muih
proses membeli bahan - bahan
membincang tentang teka - teki

Pada hari kedua, kami menaiki bas ke Geylang Serai. Kami pergi ke pasar di Geylang Serai untuk membeli kuih - muih Melayu. Apabila kami tiba di pasar, kami diberi teka - teki dan kami memerlu meneka kuih - muih Melayu yang betul. Kuih - muih yang diberi ialah pulut panggang, talam serimuka, samosa, pisang goreng dan putu piring. Selepas kami membeli kuih - muih, kami pun pergi ke Hajah Maimuna untuk menjamu selera. Di restoran itu, kami perlu menggunakan tangan kami untuk makan. Mengikuti tradisi orang Melayu, kami menggunakan tangan kiri untuk mengambil makanan dan tangan kanan untuk makan. Selepas kami kenyang, kami pun bertolak ke pasar sekali lagi untuk membeli bahan - bahan untuk dimasak pada hari seterusnya. Bahan - bahan yang dibeli termasuk ayam, santan, minyak dan banyak lagi. Akhirnya, kami pun bertolak balik ke sekolah.

Hari Pertama

Dalam minggu ini, kami telah menyertai sabatikal "Jalan - Jalan Cari Makan". Dari sabatikal ini, kami akan memahami lebih tentang permainan orang Melayu dan makanan orang Melayu.
cara menggunakan kepala bermain sepak takraw


cara menendang bola takraw


Kami bermula dengan bermain sepak takraw di dewan sekolah. Sepak takraw adalah sejenis permainan tradisi Melayu. Kami menggunakan kaki dan kepala untuk bermain pemainan ini. Kami perlu menendang bola takraw melewati net. Selepas itu, kami diajar bermain congkak dan batu seremban. Kami berasa gembira bermain congkak tetapi kami tidak mahir bermain batu seremban. Akhirnya, kami pun bermain chapteh. Chapteh merupakan permainan tradisi China. Kami berasa seronok bermain chapteh kerana itu sungguh senang dimain.
congkakbatu seremban

bermain chapteh bermain congkak











Selepas itu, kami pun balik ke asrama.