membeli kuih - muih
proses membeli bahan - bahan
membincang tentang teka - tekiPada hari kedua, kami menaiki bas ke Geylang Serai. Kami pergi ke pasar di Geylang Serai untuk membeli kuih - muih Melayu. Apabila kami tiba di pasar, kami diberi teka - teki dan kami memerlu meneka kuih - muih Melayu yang betul. Kuih - muih yang diberi ialah pulut panggang, talam serimuka, samosa, pisang goreng dan putu piring. Selepas kami membeli kuih - muih, kami pun pergi ke Hajah Maimuna untuk menjamu selera. Di restoran itu, kami perlu menggunakan tangan kami untuk makan. Mengikuti tradisi orang Melayu, kami menggunakan tangan kiri untuk mengambil makanan dan tangan kanan untuk makan. Selepas kami kenyang, kami pun bertolak ke pasar sekali lagi untuk membeli bahan - bahan untuk dimasak pada hari seterusnya. Bahan - bahan yang dibeli termasuk ayam, santan, minyak dan banyak lagi. Akhirnya, kami pun bertolak balik ke sekolah.
No comments:
Post a Comment